mimpi

mimpi?
sering dikatakan permainan tidur..
ada dua mimpi..
satu realiti dan satu mainan syaitan..

apakah mimpi itu satu kenyataan..
adakah kerana terlalu rindu padanya sehingga terbawa ke dalam mimpi..
ummie, syira teralu merindui ummie.
dulu,
saat nak final ummie selalu ade bersama syira,
ummie selalu bg semangat kat syira..
ummie selalu buat solat hajat tuk syira x kira pg, ptg atau malam.
ummie slalu nasihat syira,
ummie x prnah putus mendengar keluhan anak ummie,
ummie kuat, syira x macam ummie..

ummie, setiap sat, setiap detik, setiap waktu,
syira janji syira x kan putus doakan kesejahteraan ummie..
ummie segala2nya bg syira, syira perlukan ummie..
syira x kan tnjuk pada sesama yg syira sbnrnya lemah..
syira nak org taw syira kuat..

syira kena kuat demi family yang ummie tinggalkan dan amanahkan...
syira kena kuat demi walid..
syira kena kuat demi along..
syira kena kuat demi angah..
syira kena kuat demi nafisah, nafis n kak kimah..
syira x kan tunjuk yg syira lemah..
sini adalah tempat untuk syira luahkan segala2nya..

rindu

final exam just around the corner.. next week is the week for final exam. i already done with my final year project presentation. saat aku down aku perlukan seseorang yg mampu memberi semangat. aku terlalu rindukan seseorang yang selalu memberi semangat pada diri ini. aku rindukan kenangan keluarga yang dulu. walaupun selalu balik rumah tetapi aku masih merasa kehilangan. aku rindukan kenangan bersama org yg aku sayang..aku masih menanti seseeorang yang mampu memberi kegembiraan dan senyuman pada diri ini dengan seikhlas hati.
ummie,
syira dh hampir ke penghujung study.. syira x kan lupa janji syira pada ummie..
syira janji habis jer diploma syira akan tunaikan janji utnuk sambung study ke peringkat yg lebih tinggi.
andai ummie ade pasti ummie akan gembira dengan kejayaan syira..
syira akan cuba untuk satukan balik keluarga demi ummie..

Impian

Ya Allah, hanya padamu aku bermohon Dan meminta pertolongan..
Aku rindukan kenangan bersama keluarga.. Setiap Kali aku menulis, setiap Kali la aku menangis..
Aku mahu keluarga bersatu semula.. Sampai bl aku mampu bersabar..
Aku perlukan kekuatan.. Aku perlukan semangat yang kuat utk tempuh semua ini... Antara ayah Dan abg.. Kedua2nya penting bagiku.. Tp smpai bila mereka Akan seperti dulu...

Memory

1st day....(27/7/2013)
Kesunyian amat di rasai... Selama ini ade org yg mengacau.. Ade org yg bising.. Tapi skang x de.. Hubungan dengan mereka bkn sekadar kawan tetapi umpama adik beradik.. Walaupun hanya 55 hari tetapi terasa satu hubungan yg sangat rapat... Walaupun diorang dh x de tapi diorang tetap kol n msg tanya khabar... Segala yang berlaku tersimpan seribu satu kenangan... Akan kujadikan semua kenangan sebagai satu memori yang terindah...

2nd day(28/7/2013)
Br second day still terasa sunyi... Ape pun diorang still contact... Insya-allah satu hari nanti aku akan jejakkan kaki di negeri pantai timur... Terengganu darul naim... Hope i can have a sweet memory there with them one day....

 Rindu sangat kat korang,
Sunyi sgt bl korang x de...
We will be friend until the end....
Insya-allah...

sweet memory

hangout with them leave a lot of memories... all of that are a sweet memory... i will remember all the memories.. just a few day they will leave here to go back to their hometown..
perasaan sedih terasa di hati ini tetapi cuba untuk mengelakkannya daripada dudent..iketahui.. aku tidak ingin mereka turut sedih... segala kenangan bersama mereka mungkin tidak dapat dilupakan.. aku tidak pernah merasa saat kegembiraan begini sepanjang belajar disini... aku mampu menghilangkan segala masalah saat bersama mereka.. aku berharap saat begini mampu diulang semula suatu hari nanti... aku akan ingat segala kenangan bersam semua sahabt....
#nabilaruseli#farahhuda#julianaazwa#alltesdecst

Having a good time with them

Semalam merupakan hari yg best sbb dpt kluar overnight brsm sahabt2 yg disayangi... Pantai klebang, pantai puteri dan pantai pengkalan balak merupakan destinasi yg dituju...

Pantai klebeng
- 1st destination...
- berjalan sepanjang pantai
- having a dinner together with them ( ijat, hafiz, afiq, edy, bella ju n my cousin farah)..
- spend a lot of time there... Tenang sangat

Pantai Puteri
- 2nd destination
- sahur dekat kedai before there..
- solat subuh kat masjid area situ...
- spend masa jap kat area situ

Pantai Pengkalan Balak
- 3rd destination
- just around kampung kejap...
- stop kat port slalu g n lepak kejap...
- tangkap gmbar

Guys, i'm really having a good time with all of you.. Dalam masa yang sama dapat menenangkan hati dan perasaan sementara... Lupakan segala masalah yang ade buat sementara waktu... Kenangan makan mcd kat tepi pantai waktu malam temankan torchlight hanset, kenangan sahur bersama...
Hope our friendship will not end..

Kegembiraan yang hanya sementara

1 ramadhan( rabu,10/7/2013)
Aku merasa kan bahawa keluargaku akan bersatu semula... Aku dapat merasakan erti kasih sayang dalam sebuah keluarga.. Kepulangan along dan angah serta kemesraan mereka sebagai abg dan adik telah memberikan aku satu sinar.. Along juga dah x marah angah, angah pun dh x terasa hati... Kepulangan kami bertiga melengkapkan erti hubungan kasih sayang adik beradik.. Ya Allah, terima kasih kerana mengembalikan kebahagiaan keluarga ini... Biar la ada org lain dalam rumah ini tetapi tidak ada siapa yg mampu memisahkan hubungan kami kecuali mati...

2 ramadhan( khamis,11/7/2013)
Buat pertama kali aku dengar sesuatu dari along... Kenapa semua ini berubah.. Walid syira nak kaan walid yg dulu.. Syira terlalu syg walid... Kehadiran org baru membuatkan anak2 walid terasa hati... Walid isteri mungkin walid boleh cari tapi anak2 walid x leh cari... Macam 2 jg anak2 yg tak boleh cari ganti ibu dan ayah.. Walaupun walid kawin lain tapi mak cik x boleh ganti tmpt ummie...
Syira nak kan family yg dulu... Syira x kan biar orang lain pisahkan keluarga kita

Kejayaan seorang abg

1/7/2013 merupakan satu hari yang bersejarah bagi seorang abg yg trsyng.. Impian untuk menjadi seorang MARQUIS akhirnya tercapai.. Setelah setahun berkecimpung dalam perniagaan multi level marketing akhirnya dia berjaya ke peringkat yang tinggi... Alhamdulillah Ya Allah kerana telah permudahkan segala urusannya... Aku berharap agar keluargaku dapat bersatu semula seperti dahulu... Aku yakin angah tahu dengan apa yg dia lakukan... Semoga apa jua yang dia lakukan dipermudahkan... Ia merupakan satu berita yang menggembirakan bagi aku... Ummie walaupun angah x meneruskan bidang yang die belajar tapi syira yakin andai ummie masih ada bersama kami ummie sebenarnya akan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh kami asalkan bnda tu x memudaratkan dan dari rezeki yang halal..
"salam partners.. Esok adalah hari penentu segalanya buat CMQ Shaikh Ahmad Nor Syahir.. Jom kita sama2 doakan kejayaan & kuatkan diri beliau untuk teruskan fight utk completekan Marquiship beliau bln ini! Hanya Allah yg tahu mungkin Doa andalah mampu memberikan kelancaran dlm kerja beliau. Thanx partners! PMD!PMD!PMD!!!"
 Msg ini telah di send oleh leader aku... Esok bakal menentukan segalanya...
Ya Allah, hanya padamu aku berdoa dan memohon... Selamatkanlah perjalanan abgku ke mana sahaja... Selamatkan perjalanan pergi dan pulang abgku.. Mudahkanlah segala urusannya.. Lancarkanlah segala pergerakan dan urusan nye... Hanya padamu aku memohon dan meminta...
Angah, syira hanya mampu berdoa dan memberi semangat pada angah untuk mencapai segalanya.. Semoga angah berjaya...
Insya-Allah...

RINDU

Rindu hanya st ungkapan yang mampu diungkap oleh semua tetapi tidak memahami ertinya... Keluarga antara satu lagi ungkapan yg sering kt dengar... Aku terlalu merindui keluargaku yang dulu... Yang dahulu nya slalu bersama ke mana sahaja... Yang dahulunya berkongsi suka dan duka bersama... Keluarga adalah sumber inspirasi aku.... Ummie adalah semangat dan kekuatan aku, walid adalah idolaku, along dan angah adalah pelindungku... Tanpa mereka aku rs kehilangan... Pemergian ummie memberi satu tamparan hebat padaku.. Perginya seorang sumber semangat dan kekuatan... Aku amat memerlukanmu saat sedih dan gembira... Semongat aku kuat untuk tempuh semua ini...
                                            
Ya Allah,
Berikanlah aku kekuatan kerana sesungguhnya aku tidak kuat utk semua ini.. Aku tidak sekuat ibuku... Aku perlukan semangat utk semua ini...  Ya Allah lembutkanlah hati abg ku... Aku tidak mahu sesuatu terjadi pada dirinya dan seluruh keluargaku.. Lindungilah keluargaku ya Allah.. Pinjamkanlah semangat dan kekuatan utk diriku..

Ummie,
Kekuatan dan semangat syira sebenarnya adalah ummie..
Syira terlalu rindukan ummie..
Syira amat memerlukan ummie tika ini...

hakikat......

7/12 merupakan satu tarikh yang sering menjadi peringatan setiap tahun... ia merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan walid dan ummie... tapi pada tahun ini tarikh itu telah bertukar menjadi tarikh perkahwinan walid dan mak tiri aku... semuanya berlaku terlalu cepat... pada 7/12/2012 bersamaan 23 muharam genaplah 7 bulan ummie meninggal... ummie kehilanganmu amat dirasai... mungkin tempatmu boleh diganti tetapi panggilan ummmie itu tidak ada sesiapa pun dapat menggantikannya.. maafkan syira, walid. permintaanmu untuk syira memanggil makcik sebagai ummie terlalu besar... aku tidak mampu melakukannya... cukuplah sekadar aku memanggil nya dengan panggilan mak.. walid saat dirimu berkahwin dgn mak sebenarnya kau tidak tahu yang anak2mu sebenarnya menitiskan airmata. airmata yang bercampur duka.. bagi kami kehilangan ummie sebenarnya masih terasa tetapi kenapa keputusan untuk berkahwin terlalu cepat.... tetapi semua itu ditepis dengan pemikiran yang positif iaitu kami berharap dengan adanya pengganti insya-Allah dia mampu menjagamu... 2012 sebenarnya meninggalkan seribu satu kenangan yang x mungkin aku dapat lupakan... perasaan suka dan duka...penerimaan keatas seorang insan yang aku sayang (ummie), kehadiran orang baru dan pelbagai lagi...Ya Allah, terima kasih kerana memberi kekuatan keatas hambamu yang lemah ini untuk menempuh segalanya... setiap yang berlaku sebenarnya ada hikmahnya...... aku pelu kuat untuk menempuh semua ini....