segalanya telah dicipta dengan sempurna... seharusnya kita menghargainya...cintai segalanya biarlah berpada.... cinta kepada manusia belum tentu kekal dan membahagiakan tetapi cinta kepada Ilahi kekal selamanya.... mulakanlah sesuatu dengan niat yang baik..
Aku ingin berubah
setelah sekian lama menghilang tetiba hari ni rasa nak kembali menulis blog. This is the place where I state about my life. Bln depan akan cukup 4 tahun pemergian ummie. Tapi perasaan rindu pada seorang ibu masih ada. Kehilangan yang Amat besar pada diri ini dan keluarga. Kekuatan seorang ibu tidak mampu ditandingi. Kadang kala walaupun duduk sendirian aku boleh menitiskan air mata Kerana terlalu merindui seseorang bernama ibu. Hanya Quran yang ditinggalkan menjadi pedoman dan Hanya kata2mu menjadi semangat pada diri ini. Setelah kehilangan seorang ibu, aku rasa bagaikan diriku Jauh dari kebaikan. Kenapa perubahan yang terjadi terlalu drastik. Adakah kerana aku lalai dan Hanya mengejar dunia tanpa memikirkan akhirat. Aku terlalu mengikut emosi dalam sesuatu perkara yang dijalankan. Tanpa memikirkan sebab Dan akibat. Kenapa aku hanyut terlalu jauh. Sedangkan ibu bapa ku sudah memberikan ilmu agama yang secukupnya. Aku tinggalkan akhirat Kerana dunia sedangkan aku Sudah tahu akibatnya. Kenapa aku membiarkan emosi Dan nafsu yang menguasai diri ini sehingga iman menjadi lemah. Aku ingin berubah tapi aku tewas dengan hasutan. Aku kena kembalikan semula semangat yang dulu. Aku akan Cuba sebaik mungkin. Aku x kan biar kan ilmu yang diajar sia2 Dan hilang.
Langgan:
Catatan (Atom)